Saturday, June 2, 2012

Tembelang Seorang Pemuja Syaitan

Ada seorang lelaki di sekitar kawasan Palestin yang bertakwa dan beribadah kepada Allah. Dia juga dikenali oleh orang sekitarnya sebagai orang yang mempunyai kekeramatan kerana dapat pergi berulang alik ke tanah suci Makkah dalam masa sekejap sahaja. Pada musim haji, dia sering membawa surat-surat temannya untuk disampaikannya kepada kaum kerabatnya dan apabila kaum kerabat membalas suratnya, dia pula yang membawanya pada malam itu juga. Ramai orang yang percaya bahawa dia telah berbuat baik kerana berulang alik ke Makkah, padahal dia telah mengerjakan haji, tidak bermalam di Mina, tidak melontar Jumrah dan lain-lain.

Apabila orang itu telah hampir menemui ajalnya, dia memanggil anaknya yang tertua dan memberitahunya bahawa pada malam kematiannya nanti akan datang seekor unta. Katanya pula, unta itu boleh membawa anaknya berulang alik ke Arafah setiap tahun sebagaimana dia sebelumnya. Setelah dia mati, maka datanglah Unta itu. Anaknya pun menggunakan unta itu untuk pergi ke Arafah dalam masa yang singkat seperti ayahnya dahulu.

Di tengah perjalanan tiba-tiba unta itu berhenti dan bercakap kepada anak yang menungganginya. Ia memberitahu bahawa sebenarnya dirinya adalah syaitan. Dia berkata, ayahnya dahulu telah menyembahnya. Maka, sebagai ganjarannya sang syaitan membawa ayahnya kemana saja dia mahu.

Unta itu berkata kepada anak itu, kalau dia mahu menggunakan khidmatnya sebagaimana ayahnya dahulu, Syaratnya dia mesti menyembahnya. Nasib baik anak itu sedar bahawa perbuatan itu tidak betul dan sesat. Maka diapun menolak tawaran unta syaitan itu. Dia berlindung kepada Allah dari golongan syaitan yang terkutuk.

Setelah anak itu tidak mahu memenuhi permintannya, maka unta itupun pergi meninggalkannya di tengah gurun pasir yang jauh dari rumah. Dengan susah mencari jalan pulang. Dengan pertolongan Allah, dia dapat sampai ke rumahnya dan menceritakan keadaan ayahnya yang kafir kerana menyembah syaitan. Nauzu billahi min zalik.

Setakat ini sahaja perkongsian buat kali ini., semoga kita mendapat ikhtibar dan  hidayah Allah s.w.t...,
nukilan ini dipetik daripada buku "Humpunan Kisah-Kisah Teladan 1 oleh Sidang Pengarang NURULHAS"